Monday 26 January 2015

Bisnes....bermula dengan satu langkah

Saya tidak pandai berniaga. Titik. Noktah.

Tiada langsung pengalaman walaupun arwah ayah pernah buka kedai fotografi. Selepas abah meninggal, kedai tersebut langsung ditutup sebab tiada siapa yang boleh uruskan. Saya baru tingkatan tiga ketika itu, dan kakak baru berumur 16 tahun. Masakan kami mampu untuk uruskan kedai peninggalan arwah abah.

Itu cerita lama.

Sekarang ini, saya sudah menginjak usia 40-an. Lagi 2 tahun, secara rasmi angka 4 akan jadi digit pertama bila saya tulis umur dalam borang-borang yang berkaitan. Ok, sila congak usia saya sekarang. Hehehe....

Tengok, saya nak cerita tentang perihal niaga. Sudah melalut ke cerita lain....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mac 2013

Saya mula berniaga produk kesihatan. ALTAMIS HABBATUSSAUDA atau nama manjanya AHS.



Nak tahu macam mana saya jumpa AHS?

Semuanya secara tak sengaja.

Ketika itu, saya sedang berkira-kira untuk cari duit sampingan. Fikir sana sini, memang tak tahu nak buat macam mana. Seperti yang saya katakan, saya tak pandai berniaga dan tak pernah bisnes pun.

Sambil berfikir, tangan saya melayari Facebook. Skrol sana, skrol sini. Klik sana, klik sini.

Tiba-tiba saya terpandang iklan....

++++++++++++++++++++

"Nak berniaga tetapi tiada modal?"

++++++++++++++++++++

Eh, macam menarik. Klik lagi. Baca detail.

Rupanya program dropship. Berniaga tapi tak perlu modal. Hanya perlu iklankan produk. Pembeli memesan barang dengan kita, kita inform pada pembekal. Pembeli bank-in duit, kita bank-in pula duit itu pada pembekal sambil ambil untung. Urusan penghantaran produk, serah pada pembekal.

"Wah, senangnya kerja!" saya fikir.

Tak buang masa walau seminit, saya terus daftarkan diri untuk jadi agent AHS. Bermula dengan modal pendaftaran RM30, saya join dengan jemaah Puan Norzuhailah Mazlan, pemborong AHS seMalaya.

Saya mula belajar step untuk mengiklankan barang, belajar berkomunikasi dengan customer, belajar tarik customer dan macam-macam lagi.

Kali pertama nak iklankan barang dekat page, saya rasa malu. Malu sungguh! Serius, tak tipu.

Saya terfikir apa orang kata.

++++++++++++++++++++

"Jannat jual barang?"

"Jannat jual habbatus sauda? Produk apa tu?"

"Tak cukup duit sangat ke dia ni sampai kena buat business part time?"

"Apa kelas jual produk kesihatan macam ni? Produk lain tak ada ke?"

++++++++++++++++++++ 

Soalan demi soalan mengasak benak. Malu, malu dan malu..... Tambahan pula kerja hakiki saya memerlukan saya untuk bertemu dengan ramai orang! Malunya bila orang tahu saya buat part time macam ini.

Tapi....

Apa orang lain tahu?

Mereka tidak beri saya makan.

Mereka tidak tahu susah senang saya.

Mereka tidak duduk dalam kasut saya sekarang.

Jadi, saya teruskan niat saya untuk berniaga. Kutuk pun kutuklah, asalkan RM RM RM masuk dalam akaun saya. Hehehe....

Ok, kita sambung lain kali ya.... :)